Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Trudy & Teddy

pernah dengar jenama nie Trudy & Teddy....pnaz pernah nampak kat JJ Cheras Selatan...memang classssss ko......gaya vintage for children.....ala-ala 60-an gitu.....price memang leh tahan.....material comfort.....boleh singgah website nie....

Friday, March 25, 2011

Kerana RezeKi , Masuk Neraka

Hah. kenaper plak bunyi mcm tue yer....? kenaper ngan rezeki ini, kita boleh masuk neraka, penat2 kita kerja bagi parents duit, anak2 mkn ngan rezeki itu, alih2 kerana itu jugaklah kita boleh masuk neraka. Mungkin rezeki itu dpt dari sumber yg tidak sah ataupun rezeki yg tidak berkat.

3 ciri manusia di mana rezeki tidak berkat:
1. diri rasa tidak tenang- takut ngan BPR, cover kereta mewah ngan selimut
2. ader raser riak dlm diri
3. raser tidak mencukupi rezeki itu.

ciri m'sia yg rezekinya berkat:
1, makin kaya makin senang, byk bersedekah
2. hati makin tenang, byk bersyukur,suami/isteri/anak menyenangkan hati
sumber dari Al-Kuliyyah 2day

persoalan halal haram bukan setakat makan minum shj, malahan dlm bentuk lain jugak amatlah perlu untuk dititikberatkan spt insuran yg diambil,pinjaman dll.

mcm maner nak dptkan rezeki berkat:
1. pekerjaan yg diharuskan syarak
2.pekerjaan yang dilakukan mestilah dengan cara yg betul,
cth: kerja di pejabat, jgn curi MASA (peringatan kepada diri pnaz jugak), berniaga - jgn menipu
3. tidak meninggalkan rukun iman dan rukun islam- solat jaga, zakat dikeluarkan

dulu memang kecoh ngan isu rasuah di kalangan anggota kastam, dan kini ada cadangan plak untuk menaikkan gaji pegawai kastam untuk elakkan rasuah. ADILKAH?....naper kastam jer terlibat dlm isu menaikkan gaji....isu paling besar di sini bukanlah nak menaikkan gaji utk mengelakkan pengambilan rasuah...pucuk pangkalnya tuan empunya diri sendiri yg kena pastikan iman di dada kuat utk tidak kepada ambil RASUAH.....nie adalah kepada semua org tak kiralah yg keja kerajaan ker atau swasta atau sendiri.

naper biler nampak org lain pakai keta mewah, rumah besar, ko pun nak merasa jugak padahal gaji ciput, cuba bayangkan kerja baru setahun jagung blom confirm lagi(1 thn kelija)...dah boleh pakai keta mewah B*W 3 series(2nd hand),L*nc*r (baru hoccay), barangan berjenama.... tak ker org sekeliling melihat dan boleh berbunyi begini: keja aper?dah lamer ke keja?.....lainlah kalau buat side income....(mungkin jugak, think +ve)....;>)

aper2 pun, sian jugak kepada org2 yg ber'hidup mewah' nie , tak boleh nak bergaya lebih sebab org sekeliling tahu awak tue keja aper, gaji byk maner, alih2 baru nak bergaya lebih sikit, org dah report kat SPRM....kan kes naya tue.....ader jugak yg selubung kereta kat rumah, tak bawak gie opis, takut opismate nampak, hanya bawak balik kg jer....(nie kes benar), sebab aper takut?....sebab dpt dari sumber yang haram.....sbb awk tue bukannya pegawai atasan pun, mungkin pasangan awk pun pangkat n keja biasa2 jer....

ermmm,ntahlah kekadang org mcm nie tak boleh nak pk kan. Lainlah awk tue laki bini keja at professional level, keja lebih 5 thn, hidup pun dah stabil...hah,time tue nak pakai MErc pun takper....(mampu ker?...hehehehehe...ikat perut lah gamaknya nak kumpul duit cukup nak isi minyak jer)......


aper2 pun tepuk dada, LU PK Lah SenDIRI.....biarlah hidup bersederhana asalkan berkat rezekinya.

ANY COMMENT?......

Saturday, February 26, 2011

Apa yg paling dijaga/ditakuti semasa berpantang?

salam semua,
Sekarang nie dah masuk 36 hari pnaz berpantang....kalau ikutkan jumlah yg wajib adalah 44 hari kan....tapi ader jugak yg berpantang 100 hari....ikutkan hati memang tak sabar nak 'merdeka' lagi 8 hari. Bolehlah pnaz sambung 'projek' yang tergendala selama ini.....
Semasa dlm tempoh berpantang nie byk benda kena jaga baik dari segi pemakanan,pemakaian, penjagaan badan. ini adalah untuk menjaga kesihatan para ibu yg bersalin agar badan kembali sihat seperti sebelumnya etc. langsing (of coz.....). Memang diakui semasa berpantang nie agak leceh sikit, ialah kena pakai pilis,param (sapu satu badan),pakai stoking,baju berlengan pjg, mandi pun kena 2 hari sekali jer.nie semua adalah untuk mengelakkan angin masuk badan. pnaz paling suka pakai param sebab maser tue jerlah kita nak pakai pun,rasa mcm badan sentiasa panas.
Tapi yg paling leceh ialah bila darah nifas keluar,ermmmmm......rasa tak selesa,maner nak uruskan diri sendiri, anak lagi....bertambah mcm pnaz nie ada anak 2 di atas (amsyar n alya),lasak tak soh ckplah....sib baik maser tue asben cuti 2 minggu...sambung terus ngan cuti Tahun Baru Cina....
lagi satu bende nak kena jaga jahitan kat 'bawah' ......ntahlah yg kali nie punyer jahitan mcm tak beraper cantik sikit...terasa di hujung jahitan kira mcm nak matikan jahitan tue mcm tak kemas...terasa sakit....still sampai ari nie terasa lagi.....pnaz ambil pati ikan haruan tue 6 botol plus mkn Healing Gamat.....cuci ngan detol lagi..... bende nielah paling pnaz takut,ngeri,seram sejuk pun ader....nak gerak kiri kanan pun takut tau.....
pasal makanan plak,memang pnaz mkn lauk 'singgang', ikan plak either ikan parang or ikan tenggiri shj...(heheheh maser nie jerlah nak mkn ikan mahal pun)....for me both fish dikategorikan ikan mahal, just my opinion..goreng ikan bilis +bawang putih+halia.
bengkung memang kena pakai....boleh langsing tau...heheheheh tapi pakai on/off lah.....selang satu ari,iyerlah kena basuh kan.....berurut setakat nie dah 4 kali.....sapu kapur sirih +limau.
tuelah antara pengalaman pnaz dan mungkin jugak yg perlu dilalui oleh para ibu2 yang berpantang selepas bersalin.....ada yang ingin berkongsi pengalaman berpantang?manerlah tahu boleh dipraktikkan utk maser2 akan ' datang'.....heheheheheh...

Thursday, March 11, 2010

JoM PeSTa BuKU 2010


Jom kita pergi Pesta Buku 2010......pernah bawak amsyar ke Pesta nie...haru dibuatnya..mcm2 nak dibelinya...time tue tinggal alya kat nurseri (still baby lagi) n asben ader kerja.....kali nie nak bawak sekali alya...ntah mcm maner plak ragamnya.....every year akan ramai pengunjung.....nak handle this 2 soldier.......kenalah byk bersabar ngan keadaan bersesak tue......aimed of coz utk anak2....n utk mamanya...nak kumpul buku craft.....
tak nak citer panjang (walhal takder idea nie...)..jom serbu ramai-ramai ke
PESTA BUKU 2010, PWTC dari 19 -28 March nie....
(cehhh iklan free jer nie).....

Tuesday, October 6, 2009

Renungan Bersama

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN???"

- Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu pula menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak menetahuinya" AL-Baqarah( SAPI BETINA)ayat 216

RASA FRUST???"

- Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang BERIMAN" AL-IMRAN (Keluarga Imran)-ayat 139.

Friday, February 27, 2009

Dating Berdua Sajer tau....

Semalam,pnut & asben ambil cuti rehat. Hantar alya ke klinik for medical check-up and imunisasi 5 bulan...then barulah kami berdua ber'honeymoon'(konon2nya)..walhal pergi serbu mydear nak beli stroller for alya...dptlah stroller ngan harga RM 100 from RM 3++..asben ajak gie PS..gie jejalan katernya..dlm hati takut jugak nak ker saner...asben hadiahkan jam tangan hehehe..terharu pun ader...

pastu kitaorg gie buat foot massage kat kajang..free fish massage(betul ker tue namernya tue)...hehehe just kami berdua ajer dlm spa tue...best...byk point2 yg tak'sihat'hehehe..especially stress.....oklah 'cuti honeymoon 'kami berdua..sebenarnya tak cukup pun sehari nie...kena 2 hari baru ok...tapi biler ader anak2 lagi best..cuma kali nie nak bagi masa berdua-duaan...

Wednesday, February 25, 2009

Mengapa Yahudi Bijak

by Ibuaz on Feb.20, 2009, under Semasa, self-improvement

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon
p/s : Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan

Thursday, January 8, 2009

Alya Batrisyia - 3 bulan setengah





nielah batrisyia ,anak mama yg comel/busyuk....skg nie dah pandai meniarap,tapi biler dah meniarap bising....sian anak mama,dpt bermain biler hujung minggu ajer..sampai ptg ambik dr nurseri kul 6.00 ptg..pastu dah nak masyuk tido..kalau batrisyia tido lambat bolehlah main....esoknya dah nak gie 'school'....alangkah bestnya kalau tak keje boleh jaga membesar depan mata...















Wednesday, December 10, 2008

Rumah ku...Saujana Damai




first time nak cari umah nie memang susah..sbb nak cari within budjet..so..carilah kat bangi,kajang (still berbaloi)...at last dpt jugak di sini..Saujana Damai,Kajang...memang mendamaikan sebb atas bukit sikit...kalau pepagi tue sejuk ajer...
feenaz pindah lepas abis pantang awal bulan November lepas..memang memenatkan bile rpindah umah nie..maner nak kemas brg,maner nak punggah brg dari kotak...maner nak jaga si baby lagi...hish..hish..sungguh mencabar...
akhirnya dpt jugak mendecorate sikit2 maner yg sempat ...hasilnya..

feenaz ingat nak cari bingkai frame bermotifkan bunga letak atas 3 seater tue...bilerlah agaknya dpt kumiliki?....

nie plak bahagian ruang menonton tv....and area dining...