Friday, March 25, 2011

Sengkak - Relevankah?

Anda pernah bersengkak?Apa itu sengkak?

Amalan bersengkak memang sinonim bagi kaum ibu yang dlm tempoh berpantangselepas bersalin. Amalan bersengkak bertujuan untuk menaikkan peranakan di mana selepas bersalin peranakan kita kebiasaannya akan lari sikit dari tpt asal dan ini akan memberi ketidakselesaan pada tubuh badan kita terutamanya selepas bersalin.

Urutan satu badan dan disertai dengan amalan urutan bersengkak perlu dilakukan pada kita (perempuan) untuk kesihatan badan kita. Amalan bersengkak ini bukan shj dilakukakn oleh para ibu/isteri malah anak dara pun perlu juga terutama bagi mereka yg menjalankan aktiviti lasak.

Bagi pnaz sendiri memang mengamalkan bersengkak ini, especially sekarang nie selepas bersalin anak ke-3, pnaz dah buat amalan nie sebanyak 4 kali dlm tempoh berpantang (60 hari).....alhamdullillah, badan terasa ringan, bahagian perut ku firm(tidak bergoyang....hehehhehe u know what i mean), Mungkin bagi kaum lain tidak mengamalkan bersengkak ini, tapi pnaz percaya kaum melayu masih kuat dengan amalan urutan selepas bersalin terutamanya untuk bersengkak, kerana ianya penting untuk kesejahteraan rumahtangga, serta hubungan suami isteri bertambah intim....

nie address spa yg ader offer urutan tradisional satu badan
serene spa
No.30G,Jln Wangsa Delima 11, Wangsa Link, Tel: 03-4142 9023

No comments: